Hey click me..

Saturday, 5 March 2016

Lain- Lain Aloe Vera Gel; Aloe Berry Nectar & Aloe Bits and Peaches




Selain daripada Forever Aloe Vera Gel, terdapat juga minuman berasaskan gel aloe vera yang diperkaya dengan perisa semulajadi yang lain dan dirumus khas untuk membantu meringankan masalah-masalah kesihatan yang lain.

1. ALOE BERRY NECTAR (KOD PRODUK 1104) - Harga RM90.00*



Selain daripada gel aloe vera, Aloe Berry Nectar (70% Aloe Vera dan 30% epal dan kranberi)gf4 mengandungi perahan epal dan kranberi (cranberries). Khasiat gel aloe vera di dalamnya, kaya dengan vitamin, mineral, enzim dan asid amino di dalamnya mampu membantu merawat penyakit, jangkitan kuman dan sistem penghadaman. Ia juga mencantikan kulit dari dalam. Perahan epal dan seratnya pula membantu mengekalkan kesihatan dan menurunkan kadar kolestrol, menyeimbangkan tekanan darah, menghalang dan merawat kanser usus.



      Epal juga tinggi dengan vitamin C, B6 and K dan potasium, magnesium dan mangan. Fitonutrien dalam epal juga membantu pengaliran darah dan mengawal kandungan gula dalam darah kerana ketinggian kandungan falvonoid dalam epal melambatkan enzim yang menukarkan karbohidrat kompleks kepada gula. 

     Buah kranberi pula tinggi dengan Vitamin C, E, K, B5 dan B6. Buah kranberi juga mengandungi proantosianidin, sejenis antioksida yang membantu mengelakkan penyakit jantung dan kanser. Ia juga sangat bagus untuk membuang toksin daripada badan dan membantu menjaga kesihatan sistem kencing. Kajian terbaru juga mendapati bahawa kranberi mengalang pembentukan batu dalam buah pinggang, membantu pemulihan serangan strok dan menghalang kanser.


2. ALOE BERRY BITS N" PEACHES (KOD PRODUK 1105) - Harga RM90.00*



Selain daripada ia mengandungi khasiat gel aloe vera, rasanya lebih sedap dengan cebisan-cebisan buah pic yang dimasukkan sekali - sangat digemari oleh kanak-kanak. Minuman ini sangat sesuai untuk meningkatkan sistem daya ketahanan badan (imuniti) dan membantu sistem penghadaman.


     Buah pic adalah sumber yang sangat kaya dengan Vitamin A & potasium. Ia membantu menjadikan kulit sihat dengan kompleksi yang lebih baik. Penggunaan pic sangat membantu dalam penyingkiran cacing dari saluran usus. Ia juga kaya dengan vitamin A,  buah pic membantu mencegah kanser dalam organ-organ dan kelenjar dengan tisu epitelium. Buah pic terdiri daripada lebih daripada 80 peratus air dan sumber serat pemakanan, menjadikan ia pilihan yang baik untuk mereka yang cuba mengurangkan berat badan dan mengurangkan sembelit. 

    Beberapa penyelidik mendapati bahawa antioksidan dalam buah pic membantu merencatkan perkembangan sel-sel tumor. Buah pic juga mempunyai kesan julap kecil dan kesan diuretik yang kuat dan dengan itu, adalah disyorkan kepada orang yang mengidap penyakit sendi dan gout.

Memakan buah pic memberi manfaat kepada individu yang mengalami penyakit berikut:

Asidosis, Anemia, Asma, pundi kencing dan batu buah pinggang, Bronkitis, Sembelit,
Batuk Kering, Gastritis, Tekanan Darah Tinggi, Nefritis, Masalah Penghadam



Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan,
wassap Hana 019-9770326

Hana
Supervisor at Forever Living Malaysia
hananiena@hotmail.com
Facebook: Forever Living Malaysia

Friday, 4 March 2016

Keistimewaan dan Kelebihan Aloe Vera Gel Forever Living

KELEBIHAN ALOE VERA GEL FOREVER LIVING

KHASIAT SERUPA DENGAN 
ALOE VERA YANG BARU DITUAI





Daun Aloe Vera boleh dikatakan daun ajaib. Ia mengandungi lebih 200 sebatian. 





jom lihat bagaimana Aloe Vera dapat mencuci usus anda


Forever Aloe Vera Gel sememangnya dihasilkan daripada daun aloe vera asli, melalui proses penstabilan yang dipatenkan. Ia sesuai untuk bagi orang sihat untuk mengekalkan kesihatan. Ia juga bagus untuk yang menghadapi sebarang masalah kesihatan dan membantu proses penyembuhan.



Rutin Harian saya dan suami.


Forever Aloe Vera Gel sangat digemari kerana ia sangat berkesan untuk mencuci kotoran. mendapan dan kerak yang terdapat pada saluran usus.  Sekalipun kotoran dan mendapan di usus sudah bertahun-tahun dan amat degil untuk disingkirkan, kelembutan pada Forever Aloe Vera Gel mampu meresap dan menanggalkan ia daripada terus terlekat pada usus. Kesannya, usus menjadi bersih. Ini membolehkan lebih banyak nutrien makanan dapat diserap dengan baik. Seterusnya, badan akan jadi lebih sihat dan bertenaga sekaligus mampu melawan pelbagai penyakit lain dalam badan secara semulajadi. Dari segi luaran pula, perut akan kelihatan lebih kempes.

     Forever Aloe Vera Gel dimantapkan untuk membekalkan anda dengan asid amino, vitamin, mineral, polisakarida, enzim dan berbagai-bagai faktor kesihatan yang lain untuk membantu memperkuatkan system imun dan pemulihan anda. Ia dapat membantu meningkatkan kesihatan secara umum.

     Forever Aloe Vera, boleh dikatakan sebagai minuman wajib untuk anda jika anda:-
     i)     berhasrat untuk mencari penawar berkhasiat untuk meredakan sebarang
            kesakitan tetapi tidak tahu hendak memilih yang mana satu makanan kesihatan
            yang baik untuk anda.
    ii )    sekadar berhasrat untuk mengekalkan kesihatan anda.
    iii )   melancarkan sistem penghadaman.
    iv )   mengurangkan kebas-kebas badan dan anggota.
    v )    menurunkan berat badan anda (elok diambil bersama Forever Arctic-Sea).
    vi)    mengurangkan kolestrol dalam darah (diambil bersama Forever Arctic-Sea).
    vii)   merawat dan mengurangkan kesan strok (diambil bersama Forever Arctic Sea).


Berdasarkan testimoni pelanggan, ada 20 khasiat yang diperolehi daripada Forever Aloe Vera iaitu:
1.   Menghentikan pertumbuhan tumor (diambil bersama Pomesteen Power).
2.   Merendahkan kadar kolestrol (diambil bersama Forever Arctic Sea).
3.   Memperbaiki sel darah
4.   Mengawal dan merawat gout
5.   Menghalang penyakit 'kidney stone'
6.   Memudahkan penyingkiran kefien daripada kopi dan teh
7.   Menghalang penyakit ulser dan penyakit sistem penghadaman
8.  Memberi kesimbangan asid/alkali dalam badan
9.  Mengurangkan tekanan darah tinggi, bukan sekadar merawat kesan-kesan sekaligus
      merawat punca darah tinggi
10. Menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien dalam badan
11. Menghentikan kanser usus
12. Menghilangkan buasir
13. Sebagai pelincir untuk sistem perkumuhan yang lebih baik
14. Meneutralkan kadar gula dalam darah
15. Memelihara buah pinggang
16. Menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)
17. Mengawal gastrik
18.  Memperbaiki sel kulit yang rosak dan sekaligus menghasilkan kulit/wajah yang lebih
       cantik. 

19. Menurunkan perut buncit (diambil bersama Forever Arctic Sea). 
20. Menurunkan berat badan (kesan lebih ketara bila diambil bersama Forever Arctic Sea dan  Pomesteen Power secara intensif).

1 bottle Aloe Vera Gel berharga RM90. Untuk menikmati 15%-35% diskaun, jom daftar sebagai ahli FOREVER LIVING.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi
 HANA 019-9770326



HANA , your trusted Forever Living Distributor
atau check Instagram kami di @aloevera_queena
Wassap/ Messaga : 019-9770326

Tuesday, 14 April 2015

Siaran Kartun Yang Perlu Dielakkan

Hi dan Assalamualaikum mommies.

Anak-anak zaman sekarang memang suka sangat menonton kartun. Kadang-kadang sampai larut malam pon, ada lagi yang leka menonton kartun sampai tak bagi chance langsung kat mak ayah untuk tengok siaran lain. Kalau difikirkan balik, bagus kah semua siaran kartun yang anak-anak anda tonton tu? Pernah tak parents sendiri memantau siaran kartun apa yang anak-anak suka tengok dan apakah kesan terhadap anak-anak?


Sesetengah pihak berpendapat bahawa terlalu mendedahkan anak-anak pada siaran kartun akan meninggalkan kesan negatif seperti "anti-social". Sepatutnya, pada usia awal anak-anak, mereka diberi pendedahan untuk meransang perkembangan minda mereka bagi menjadikan mereka lebih kreatif. Antara aktiviti yang disarankan bagi merangsang perkembang minda anak-anak ialah membaca. bermain permainan 'jigsaw puzzles, origami, membuat aktiviti kraf tangan dan bermain diluar rumah. Bagaimanapun, ibu-bapa hari ini kebanyakannya bekerja dan ramai yang menjadikan gadget dan tv sebagai 'baby-sitter".

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pengaruh TV terhadap anak-anak ialah:

-Menghadkan waktu menonton (1 jam adalah maksimum bagi anak-anak dibawah 6 tahun).
-Menemani anak-anak menonton TV. Banyak perkara yang boleh dijelaskan oleh ibu-bapa supaya anak-anak tak tersalah faham.
-Memantau siaran yang ditonton oleh anak-anak

Dibawah ini pula adalah siaran-siaran kartun yang perlu dielakkan bagi anak-anak dibawah 6 tahun:

1) Caillou:


Merupakan siaran kartun dari Canada yang mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai seorang adik perempuan. Percakapan kasar terhadap adiknya dikhuatiri boleh mempengaruhi anak-anak yang menonton siaran ini.Walaupon rancangan ini bertujuan untuk mengajar kanak-kanak untuk menghormati adik-beradik, tetapi banyak juga unsur-unsur kurang beradab yang dipaparkan pada awal siaran.

2) Teenage Mutant Ninja Turtles:



Walaupun ramai ibu-bapa yang membesar dengan menonton siaran ini dan tiada sebarang kesan terhadap mereka, siaran ini sebenarnya banyak menyampaikan negatif impak terhadak kanak-kanak. Dalam rancangan ini, 4 Ninja yang selalu bertarung dengan penjahat boleh dianggap mempunyai unsur keganasan. Jika diperhatikan, selepas setiap kemenangan oleh Ninja-Ninja tersebut akan diakhiri dengan habuan beberapa kotak Pizza. Di US, kesannya terhadap kanak-anak ialah 'obesity' yang juga mempengaruhi selera makan kanak-kanak yang lebih cenderung untuk makan makanan segera.

3) Tom and Jerry:


Ramai ibu-bapa mengadu tentang siaran ini yang mempengaruhi sikap anak-anak mereka yang mejadi lebih ganas. Rancangan ini yang mengisahkan Tom dan Jerry yang selalu bergaduh sehinnga menyebabkan kecederaan pada Tom seperti patah kaki, tengkorak yang terkeluar sedikit sebanyak mempengaruhi cara interaksi anak-anak dengan adik-beradik yang lain.

4) Richie Rich:


Rancangan ini banyak mengisahkan tentang kepentingan duit dalam kehidupan seharian. Watak utamanya, Richie Rich selalu disogok dengan pembeliah hadiah oleh si bapa jika anaknya menunjukkan prestasi yang bagus dalam akademik. Siaran ini dikhuatiri menjadikan seorang kanak-kanak meterialistik.

5) Looney Tunes:


Siaran ini juga didapati mempunyai unsur yang sama dengan siaran Tom and Jerry iaitu unsur keganasan. Banyak kecederaan yang berlaku akibat perbalahan sesama watak kartun dalam siaran ini.

6) Pokemon:

Pertempuran antara Pikachu dan pelatihnya, Ash banyak memaparkan unsur-unsur keganasan. Kebolehan Pikachu untuk mengeluarkan kuasa elektrik boleh mencederakan pihak lawannya. Kesan buruk juga dapat dilihat daripada 'flashing' kuasa elektriknya yang membuatkan siaran blur yang menyebabkan keburukan pada mata kanak-kanak. Di Jepun, ramai kanak-kanak menghadapi 'epileptic attack' akibat terlalu banyak menonton Pokemon.

7) Dragonball Z:


Banyak siaran kartun Jepun yang memaparkan unsur-unsur keganasan, dan Dragonball Z juga antara salah satunya. Siaran ini juga meyakinkan kanak-kanak bahawa setiap nyawa yang mati akan kembali dengan kuasa yang lagi hebat untuk melawan musuh-musuh mereka.

8) The Little Mermaid:



Rancangan ini menonjolkan sikap si anak perempuan yang selalu melawan cakap ayahnya tetapi tetap disayangi si ayah. Banyak perkara yang dilarang oleh si ayah tetapi tetap dibuat oleh Little Mermaid ini.

Terlalu banyak siaran kartun pada zaman ini. Apa-apa pun, terpulang pada ibu dan ayah untuk mengawal tahap obsesi anak menonton TV. Langkah terbaik untuk mengelak pengaruh buruk TV terhadap anak-anak ialah dengan meluangkan masa bermain bersama mereka. Sedikit siaran kartun mungkin dibolehkan untuk hiburan anak-anak, tetapi pilihlah apa yang bagus untuk mereka bersesuain dengan umur mereka, Mungkin ibu bapa boleh pilih senarai kartun yang bersesuaian dengan anak-anak disini

Tips Mengurangkan Rasa Loya diawal Kehamilan

Morning Sikness atau mabuk ketika hamil seringkali terjadi diperingkat awal kehamilan iaitu pada trimester pertama ( minggu ke-6 hingga lewat minggu ke 16). Pengalaman mengandung kali pertama agak mengerikan sebab saya jenis yang morning siknessnya agak teruk sampai makan pon memang tak lalu. Asyik muntah je dan badan pon memang terasa sangat lemah. Macam-macam cara dah try, memang susah morning sickness ni nak hilang, tapi berkurang la sikit. Daripada tak leh makan langsung, ade jugalah makanan yang masuk perut.


Antara cara yang dah pernah try, ade yang menjadi, ade yang tak menjadi langsung, ade yang hari ni jadi, esok pulak tak jadi. Macam-macam pulak ye. Ape-ape hal pon, jom tengok dulu antara senarai yang boleh dicuba untuk mengurangkan loya di awal kehamilan.

1. Cuba makan makanan ringan yang mengandungi kandungan garam, contohnya seperti Potata Chips. Boleh juga try cracker seperti biskut Jacobs sejurus selepas bangun pagi. Cara ini dapat membantu menyerap asid perut yang terkumpul dan juga membantu menstabilkan tahap gula dalam badan dan mengelakkan daripada letih.

2.Pastikan makan apa sahaja yang boleh setiap 2 jam sekali. Amalkan untuk menyimpan biskut atau 'energy bar' dalam handbag. Kalau terperangkap dalam kesesakan trafik pon, mommies boleh mam lagi. Cara ini dapat mengelakkan perut yang kosong terisi dengan asid yang menyebabkan rasa loya.

3. Jangan lupa snek sebelum tido. Ini salah satu cara untuk mengelak rasa loya.

4. Boleh cuba makan asam. Tapi ingat ya mommies semua, terlalu banyak makan asam pon tak elok juga untuk bayi anda nanti.

5. Selalu prepare minyak cap kapak atau vicks. Bila hidung terhidu sesuatu yang meloyakan, cepat-cepat keluarkan dan hidu. Insyallah, rasa loya dan nak muntah itu berkurang.

6. Tidur untuK elak rasa loya.

7. Elakkan memakan makanan yang terlalu berminyak.

8. Makan secara sedikit tetapi kerap. Elakkan juga meminum air dengan terlalu banyak dalam sesuatu masa.

9. Makan kurma dan minum air delima. Insyallah berkurang rasa loya tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...