Hai mommies semua. Assalamualaikum
Pernah tak mommies semua bile dok berdua dengan anak lepastu nak settle keje umah, bagi je anak tu tgk kartun? Mesti pernah kan? Yelah budak-budak zaman sekarang memang da asyik sangat ngan gadget dan suka bebenor tgk kartun. Zaman kita dulu, siaran limited. Tengok katun Doraemon pon sekali seminggu je. Zaman sekarang 24 jam non stop kartun, macam-macam siaran pulak tu ade. Tu belom tambah You Tube lagi. |
Ok, apa kata mommies semua pilih rancangan kartun untuk anak-anak pula. Pilih la rancangan yang bersesuaian dengan umur mereka, yang mempunyai moral values serta dapat membantu proses pembelajaran mereka . Jom kite tengok senarai ranacangan kanak-kanak yang boleh membantu perkembangan minda mereka. Sambil tonton rancangan kartun kegemaran, sambil tu jugak mereka boleh belajar.
1) Sid the Science Kid
Series ni bukan sahaja dipenuhi dengan lagu-lagu menarik, Banyak unsur-unsur pembelajaran Sains yang diterapkan dalam rancangan ni. Mesti mommies semua nak kan kalau anak boleh menguasai sains, walaupon simple science, at least, they learn something.
2. Word World
Show ni sgt creative. Anak-anak boleh belajay new vocab. Sambil tengok ni, Insyallah mereka boleh belajar banyak perkataaan baru. Mesti semua mommies pon nak anak menguasai Bahasa Inggeris kan. Kartun pon boleh jadi medium untuk improve lagi english diorang.
3. Berenstain Bears Kartun series ni paling cute. Mengisahkan tentang sekeluarga Bears yang hidup seperti keluarga manusia. Banyak menerapkan unsur-unsur nilai murni dalam kehidupan seperti tolong-menolong antara satu sama lain, hormat menghormati dan banyak lagi. Kalau nak tahu series Berenstain Bears ni boleh didapati dalam bentuk buku juga. 4. Max and Ruby Siri yang bersiaran selama 30 minit ini sangat menarik. Mengisahkan tentang keluarga Arnab yang sangat berkeyakinan untuk membuat sesuatu. banyak jugak memaparkan unsur-unsur moral dalam kehidupan seharian. 5. Cyberchase
Mengisahkan tentang pengembaraan kanak-kanak dalam misi menyelesaikan masalah Maths mereke. Rancangan ini memang dapat membantu menarik minat anak-anak dengan Mathematics. Bukan tu ssahaja,, teknik-teknik Mathematics juga ditunjukkan. Selain itu, rancangan ini juga merupakan award-winning, research based adventures series. Highly recommended sgt this show !
|
Hey click me..
Thursday, 9 April 2015
Siaran Kartun Yang Membantu Perkembangan Minda Kanak-Kanak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment