Setiap ibu bersalin pasti akan menghadapi tempoh berpantang. Dalam tempoh berpantang ini, ibu-ibu tidak dibenarkan untuk makan sesuka hati. Dalam adat melayu, banyak pantang larang yang harus ibu-ibu ikut untuk membantu proses pemulihan ibu selepas bersalin. Bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan anak, mestilah tertanya- tanya apakah yang boleh dan tak boleh diambil sewaktu tempoh berpantang.
Untuk rujukan ibu-ibu semua, berikut adalah senarai makanan yang dibenarkan dan dilarang semasa proses berpantang. Harus diingat juga, setiap ibu yang bersalin mempunyai ketahan badan yang berlainan. Jadi, mungkin sesetengah ibu boleh mengambil sesetengah makanan tanpa mengalami apa-apa masalah, So,terpulang kepada cara dan kepercayaan masing-masing. Mungkin ibu-ibu semua boleh try ambil dalam kuantiti yang sedikit dahulu untuk mengetahi kesan tindak balas badan anda.
Jom tengok, apa makanan yang boleh dan yang tak boleh untuk ibu berpantang.
Boleh
|
Tidak boleh
|
|
Ayam dan Daging
|
Ayam kampung
Burung Puyuh
Burung Merpati
Ayam hitam
Ayam didik
Ayam selasih
Daging batang pinang
|
Ayam biasa (dikhuatiri gatal, bagaimanapun
boleh dimakan setelah usia bayi 3 minggu ke atas)
|
Ikan
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu selepas bersalin boleh
menyebabkan turun darah dan bentan.
Ikan haruan pula dapat menyembuhkan luka bersalin dan ikan yu
dipercayai dapat menambahkan susu ibu
|
Ikan haruan
Ikan yu
Ikan gelama
Ikan jenahak
Ikan merah
Ikan Salmon
Ikan Siakap
Ikan bawal putih
· Ikan senangin
Ikan bilis
|
Ikan kering
Ikan masin
Ikan keli
Ikan bawal hitam
Ikan duri
Ikan pari
Ikan parang
Ikan sembilang
Ikan tamban
Ikan cencaru
Ikan tongkol
Makanan laut seperti udang , sotong dan kerang
|
Ulam-ulaman
Ulaman mengandungi pelbagai khasiat seperti fiber, zat
galian(mineral) dan pelbagai jenis vitamin termasuk Vitamin A, C dan E yang
bersifat antioksidan.
Jantung pisang dapat membanyakkan susu ibu.
Ulam kunyit pula dapat menyembuhkan luka dalaman da megembalikan
kecergasan badan.
|
Halia
Serai
Lengkuas
Pucuk pegaga
Pucuk mengkudu
Ulam raja
Jantung
Daun cekur
Bunga kantan
Kunyit
Daun lemuni
Daun kaduk
Daun sekentut
Daun kesum
Daun cemumar
Daun pudina
Daun kari
Daun bebuas
Daun ruku
|
|
Sayur-sayuran
Mengambil sayur-sayuran menjalar/sejuk/berangin boleh menyebabkan
sakit-sakit badan dan kembung
Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu
Peria pula dapat memudahkan pembuangan air besar dan membantu
melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
|
Ubi kentang
Peria
Sawi
Lobak merah
Lobak putih
Brokoli
|
Ubi kayu
Kankung
Petola
Terung
Cili
Timun
Tomato
Kubis
Seleri
Terung
Timun
Sayur keladi
Pucuk ubi
Pucuk paku
Bayam
Kacang panjang
Kacang botol
Labu
Rebung
Jeruk maman
Petai
Jering
|
Buah- buahan
Berhati-hati dalam pemilihan buah-buahan kerana ibu-ibu dikhuatiri
akan mengalami kejang tulang, sejuk otot serta lemah sendi.
Lain-lain
Asam jawa dapat membantu membuang air besar dan menyegarkan tubuh
badan
|
Anggur
Kurma
Oren
Epal merah
Strawberi
Peach
Prune
Kismis
Longan cina
Biskut
Roti
Nestum
Oat
Cornflakes
|
Nenas
Limau
Buah lai
Tembikai susu
Tembikai merah
Tembikai cina
Epal hijau
Kiwi
Pear
Pisang
Jambu
Belimbing
Durian belanda
Mangga
Betik
Ciku
Langsat
Nangka
Cempedak
Ubi kayu
Ubi keladi
Manggis
Sengkuang
Tempe
Burger
Nugget
Sosej
Bihun
Mee
Kuey tiaw
Laksa
Telur
Masakan berminyak
|
Air
Ibu-ibu tidak boleh minum air sejuk, tajam atau air buah dari buah
yang dilarang.
Air kunyit boleh mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Air rebusan pegaga membersihkan darah dalam tubuh ibu.
Air manjakani berfungsi untuk merapatkan pangkal rahim.
Air halia dan kurma dapat membuang angin dalam tubuh ibu.
Air madu dapat memanaskan badan
|
Air suam
Air pati kunyit
Jus pegaga
Air halia
Air kopi
Air manjakani
Jus halia kurma
Air madu
|
Air asi
Air gas
Air tebu
Air cincau
Air kelapa
|
Selain makana-makanan ini, ramai ibu berpantang sekarang menggunakan supplemen tambahan untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan. Jika berminat untuk mendapatkan info tentang set bersalin boleh lah tengok-tengok kat sini ye.
No comments:
Post a Comment