Hey click me..

Friday, 20 March 2015

Review Set Bersalin/Berpantang; Pengalaman Berpantang Pertama

Assalamualaikum

So entry lepas aku dah share tips utk pilih set berpantang utk ibu lepas bersalin, kali ni nak share plak review set berpantang atau set lepas bersalin yg aku dah guna almost 6 months after deliver. Yg habis pon ade, yg x habis2 pon ade..hihi.. ok macam yg aku cite kat entry lepas tips nak pilh set bersalin , aku consume set berpantang dari Anugerah, Nona Roguy dan Shaklee. Kan maen tamak sampai 3 jenis brand aku sapu. hihew..

So kenapa aku pilih produk2 ni?

Set Berpantang/Bersalin Anugerah;

Mase tgh review pasal which set bersalin yang aku nak beli, aku tertarik ngan feedback org2 yg guna produk Anugerah ni, which is 'set anugerah ni menenangkan ibu lepas bersalin dan sangat2 wangi' . Search punye search, actualy produk Anugerah mmg berasaskan bacaan ayat2 suci Al-Quran. Yela, org lepas bersalin ni macam2 boleh jadi. Dengan hormon yang x stabil lagi. takut juga terkena Baby Blues (meroyan). So aku memang tetapkan nak satu produk yg berasakan perubatan islam, menenagkan dan yg x berbau mcm sesetengah produk herba..So bile tgk balik, Set bersalin Anugerah ni mmg menepati apa yg aku nak. Dan lagi satu harga die (aku amik ser bersalin normal Anugerah) sangat berpatutan dan antara yg murah bile dicompare kan ngan yg lain. Kalo korang nak details lagi ttg produk ni boleh klik sini.


Haa nila set yg aku amik siap ade harga lagi. Rasenye mase aku beli kat toko jamu kat Carefour Wangsa Maju ritu, aku dapat lg murah sbb aku ade amek barang lain juga. Set Anugerah ni mengandungi;

1. Losyen Sejuta Khasiat;

Image result for losyen sejuta khasiat anugerah


Antara semua benda yg ada dlm pakej bersalin ni, losyen ni la paling aku suke. Bau die sgt wangi, lembut jeee.. Seriusly sgt suka dgn bau Aple Garden ni memang menenangkan. Aku pakai lepas mandi kat perut sebelum pakai benkung. Memang best, bile pakai tu, selain wangi die ade rase berangin dan panas yg x keterlaluan. Just nice la.. x cukup ngan losyen ni, aku jadi tamak sbb aku gi beli satu lagi losyen sejuta khasiat yg xde dalam pakej ni tp dgn haruman yg lain ; Sweet Floral. Saje mengada sbb bile bau semua mcm best je. Tp yg Apple Garden memang the best la. Org datang pon da xsegan kite wangiii jee..

Sweet Floral ni x de dlm pakej pon. Aku saje tambah harga die dlm 20 ringgit lebih rasenye.

2. Minyak Pilis Anugerah

Minyak ni pon best jugak sebab dia dlm bentuk minyak bukan serbuk. So bile pakai xde la nampak setempet putih serbuk atas dahi tu.. hihi. Memang suke la aku x yah dok pakai benda pilis atas pale yang macam bedak sejuk tu. Pakai ni bau die wangi dan rase berangin je,. Memang menenangkan. Highly recomended seriously x tipu. Aku kalo xde pilis jenis ni mmg aku x guna la pilis yg tradisional tu.. ish x mau ah..

3. Minyak Sejuta Rahsia Anugerah;




Minyak ni sesuai guna mase ngurut dalam pantang nanti. Boleh request tukang urut gunakan minyak ni . Aku x guna pon minyak ni dalam pantang. Tapi sekarang malam2 bile kaki lenguh or bile sakit belakang aku suka guna minyak ni. Tapi for me kalo minyak ni lagi panas, mesti lagi best.

4. Mandian Sauna Anugerah



Yang ni pulak aku suke sebab senang nak guna. Pek die macam uncang teh gitu tapi versi besar. Satu pek boleh guna dua kali. Senang nak guna just rendam ngan air panas kejap then campur air biase. Rase fresh mandi dengan ni.

5. Pembersih Wanita Anugerah


Yang ni bagi aku biase2 je. Same je macam perbesih wanita yg biase aku guna sebelum ni. Tapi disebabkan dah beli aku guna jela.. Sekarang memang dah lama abis.

6. Minuman Bijian Anugerah



Dalam banyak2 benda dalam set bersalin ni, benda ni lah yg aku paling xsuke sebab rase die manis terlajakk manis. Tp mase dalam pantang aku mmg disiplinkan diri minum ni tiap2 hari. Ni bagus utk memulihkan sistem peranakan wanita lepas bersalin. Lagi satu bagus utk milk booster. Tp lepas pantang aku da x consume yg ni walaupon masih berbaki suku botol. Aku tukar minum Jus Perawan D'Herbs terlajak laris. Nanti aku wat review lak haha.

7. Minyak Telon Anugerah



Ni satu-satunya minyak utk baby dalam set bersalin ni. Mula2 aku guna gak sampai baby umur 2 minggu. Pastu ade satu mlm tu baby aku nangis kembung perut. Nampak die macam dok teran-teran berak tapi takleh. Aku sapu minyak TYT die cam ok plak. Pastu sampai sekarang aku dok guna minyak TYT je tuk my baby. Alhamdulillah sangat2 x pernah da meragam sampai sekarang.

Set Bersalin Nona Roguy


Phytonatal ni berfungsi utk menurunkan berat badan dan menguatkan badan selepas bersalin disamping melawaskan pembuangan air besar.

Yang ni pulak aku x ambil satu set lengkap. Aku just ambil Phytonatal. Phytonatal ni kakak2 aku lah yg dok recommend. Kantanya bagus utk xnak sembelit , nak jaga body utk slim gitu and bagus jugak utk elak sakit2 badan. Aku mula makan ubat ni lepas 3 minggu bersalin. Bile ubat yg doktor bagi dah abis (stool softener/ ubat sembelit dah abis baru start consume). Die tulis boleh mkn 2-4 biji satu hari, aku mkn 2 biji pon dah mmg rasa nak poo-poo tu meluat-luat. bangun pagi wajib menunaikan hajat dulu. hihew.. So bagi aku Phytonatal ni bagus jugak, sbb bukan aku sorang yg ckp camni, mmg ramai yg guna. Harga die yg botol besar rm205. Boleh tahan lama. Sampai sekarang aku guna lagi.

Set Bersalin Shaklee.

Sebenarnya sebelum beranak pon aku ade consume SHAKLEE. Infact sebelum mengandung pon aku ade mkn Shaklee. Tp mase mengadung aku alah sikit. Takleh pandang langsung pon botol Shaklee rase nak muntah. So terpaksa aku sorok semua botol2 Shaklee dalam bilik rahsia sbb aku mmg x leh tgk. Tgk je mmg loya abis. Pelik nau..

Produk Shaklee ni aku plg suke die punye Vitamin C. Mmg bagus utk sembuhkan luka dalaman dan juga jahitan. Sebelum mengandung aku dah consume Vitamin C ni. Alhamdulilah resdung memang hilang sampai sekarang. Kalau dulu tiap2 pagi aku dok serot serotttttt hidung tersumbat. Memang seksa abis. So utk set bersalin ni aku amek set lengkap. Bile pg post natal check up, mmg luke bersalin nmpak cantik elok je. Alhamdulilah sgt2.Kalau ade yg berminat nak tahu details lagi pasal set bersalin/set menyusu Shaklee ni bolehlah klik sini.

Yang bestnya set bersalin Shaklee juga bagus utk ibu menyusu. If ade yg berminat nak beli dgn harga ahli/ nak jadi ahli boleh jgk contact aku (hana) 019-9770326. Dan set bersalin Shaklee boleh juga dibeli asing2 bagi yg kekurangan bajet. Dan rasenye ramai yg dah tahu ESP shaklee juga adalah milk booster terbaik.





Bengkung Mak Bidan D'herbs;



Nak beli bengkung pon mmg aku search habis habisan. Kalo boleh aku nak bengkung yg tali tali tu xnak yg strap. So aku mmg tertarik ngan bengkung mak bidan ni sbb dia dari bawah dada smpai bwh pinggul. Serius best bile pakai ikat ketat2 tali tu. Nak pakai kalo sorang susah la sikit tp boleh je. Aku selalu suami yg pakaikan and suruh die guna tenaga jantan die tarik tali2 tu smpai ketat. Nak bini langsing suami pon kene la tolong same ye dok? Bile suami pakaikan bengkung ni terus rase nak pakai kebaya nyonya. Over nau haha.. Bagi aku sape yg mmg nak kekalkan kerampingan bengkung camni mmg sesuai sbb boleh tarik tali tu kasi ketat punye..Pape hal pon pilihan terpulang kat diri masing2. Hepi shopping to all mommy to be out there..Till we meet again byee..



5 comments:

  1. Ada satu lagi admin terlepas, Set Bersalin Tropical Herbs. Saya dan semua kakak saya gunakan ini dan memang bagus sgt sgt. Harga pun murah dengan segala yang kita dapat. dapat lagi free bengkung .. kat luar beli, mesti kena bayar rm50 lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bape harga set pantang Amway n tau x mana nak dpt?? Thx dear 😘😘

      Delete
  2. ish.. kalau baca review set - set pantang nih, memang semua kita nak beli.. sebab semua cam besttt je kan.. hihi.. saya yang tak lama lagi nak berpantang nih pun amek beberapa jenama set berpantang luaran macam tanamera, nona roguy dengan amway.. dalaman pulak ambil shaklee.. tak sabar nak bersalin dan berpantang!!

    Terjah blog saya, jom! DAPATKAN INFO , TIP , PETUA MENGENAI KEHAMILAN DAN KESUBURAN DI SINI

    ReplyDelete
  3. Apa yg akak beli sama mcm mak saya beli untuk saya la, so takda susah sangat untuk saya nak tau cara penggunaan nya sebab akak dah sebutkan kat sini, thanks. Tp produk shaklee dgn nona roguy je saya tak beli.

    ReplyDelete
  4. Terbaik infonya. Terima kasih admin share info yang bagus sekali. Salam dari blogger blogwalking ya.

    Salam admin. Tumpang Iklan:-

    Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
    Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
    Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
    Wanita cantik bermula dari diri :)

    [BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA, PUTIHKAN KULIT, GLOWING, FLAWLESS]

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...