Hey click me..

Sunday, 12 April 2015

Panduan Buat Suami untuk Menyambut Kepulangan Si Comel

Menyambut kelahiran orang baru pasti mengujakan. Suami yang baik pasti menemani si isteri sepanjang proses kelahiran, memberi kata-kata semangat dan juga terus-terusan berdoa supaya isteri terus tabah menghadapi detik-detik kelahiran. Itu belum kira waktu isteri mengandung. Apa sahaja yang diminta isteri pastu ditunaikan. Teringat pula detik-detik kelahiran putera sulung kami. Melihat sendiri suami menitiskan air mata tatkala isterinya sedang menanggung kesakitan menguatkan lagi semangat dan berusaha untuk push baby sampai keluar. Hmm touching sangat bila ingat balik.

Dunia baru bersama orang ketiga; Panduan buat suami




Sangat yang paling mengujakan selepas setiap kelahiran ialah ketika membawa bayi balik ke rumah. Selamat datang diucapkan kepada si comel. Buat si ayah yang pertama kali menyambut kehadiran insan istimewa ini pastinya agak kekok. Semuanya rasa agak ganjil. Sebelum ini duduk berdua, kini suasana rumah agak berbeza dengan bunyi tangisan dan juga haruman syurga bayi anda. Buat bakal-bakal bapa, jangan takut, semuanya pasti OK, ok? Teringat pula saat kami pulang bertiga ke rumah selepas sehari semalam berada di hospital. Rasa tak percaya pon ade. Yelah, pergi hospital berdua je,tapi balik rumah bertiga pula.

1) Tidur dan Rehat.

Mungkin agak susah di permulaannya. Jika ada peluang cubalah berehat atau tidur walaupun sekejap. Ketibaan nenek pasti dapat membantu meringankan beban buat suami dan ambillah peluang ini untuk berehat. Jangan risau, si nenek pasti gembira untuk membantu menguruskan si kecil. Setelah mendapat rehat yang cukup, pastinya suami boleh membantu isteri yang sedang kepenatan dan bantulah apa yang patut tanpa menggangu tidur si isteri. 

2) Bantu Isteri menguruskan bayi.


Setelah isteri merasakan dirinya semakin pulih, pastinya si isteri ingin menguruskan bayinya sendiri. Suami perlu tahu bahawa setiap wanita yang melahirkan anak, memerlukan sekurang-kurangnya 3 bulan untuk pulih. Walaupon isteri mungkin nampak kuat dan sihat, tetapi dalamannya memerlukan rehat yang secukupnya untuk memastikan dia betul-betul sihat. Jika isteri menyusukan bayi, tunjukkan kasih sayang anda dengan menghulurkan segelas minuman buat isteri, menghulurkan remote tv jadi isteri bebas menonton rancangan kegemarannya sambil menyusukan bayi. Perkara ini mungkin nampak kecil, tapi bagi isteri inilah waktu yang dia sangat memerlukan suami. Setelah selesai menyusukan si comel, apakata suami pula mengambil alih untuk sendawakan bayi. Masa nilah jugak peluang si ayah untuk 'bonding' dengan si comel. Tatap la mata si manja dan belailah dia. Sesungguhnya belaian atau sentuhan kulit ke kulit dapat menenangkan bayi anda dan membantunya untuk tidur dengan lebih lena.

3) Bantu Proses Pemulihan Isteri

Selainn rehat, isteri yang baru melahirkan anak perlu makan makanan yang berkhasiat untuk mempercepatkan lagi proses pemulihannya. Sesekali, suami bolehlah menyediakan menu sihat yang ringkas untuk isteri. Dapatkan resepi dari internet atau dari ibu anda. Pastinya hati isteri lebih bahagia apabila dapat makan masakan suami. Selain itu, selalulah ingatkan isteri supaya mengambil ubat dari doktor secara konsisten.

4) Menyokong Isteri untuk Meneruskan Penyusuan Susu Ibu.



Bagi isteri yang pertama kali melahirkan anak, pastinya proses menyusu badan bukan sesuatu yang mudah bagi mereka. Berilah isteri masa dan jangan terlalu memaksa. Susu ibu memang sangat penting buat bayi, tapi harus diingat tidak semua perempuan diberi rezeki oleh Allah untuk menyusu badan sepenuhnya. Jika isteri menghadapi kesukaran menyusu anak dengan betul, bantulah dia untuk mendapatkan teknik menyusu yang betul dari pakar-pakar penyususan. Selain itu, jika isteri menghadapi masalah susu badan yang sedikit, bantulah dia untuk memilih supplemen atau makanan penggalak susu badan. Banyak cara yang boleh diikhtiarkan. Apa yang penting sokongan dari suami secara berterusan dan sama-sama berusaha.

Untuk tips penyusuan yang menarik, bolehla refer sini dan bagi cadangan supplement penggalak susu boleh klik set menyusu terbaik.

Hana Nina
hananiena.blogspot.com
hananiena@hotmail.com
                           



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...