Hey click me..

Sunday, 12 April 2015

Tips Membeli Stroller Baby Terbaik

Hi assalamualaikum semua mommies!

Masa mengandung, benda yang paling excited ialah mase nak beli barang baby. Siap buat check list lagi kan. Tapi yang dalam banyak-banyak barang tu, nak beli stroller baby ni agak pening sikit la. Bukan ape, harga stroller sekarang boleh tahan. Sebab tu nak beli, bukan boleh maen beli je. Banyak benda kene survey dulu. Lagipon sekarang memang banyak brand yang ada dan kebanyakannya memang mahal nak mamp..hehe.

Tapi stroller ni memang satu keperluan. Senang nak bawa anak kemana-mana. Baby boleh tidur dengan selesa dan yang penting kite pon tak penat menggendong bayi. Kalo tak, memang boleh lenguh tangan kalo sepanjang masa kita dukung je baby..



Ok so sekarang saya nak kongsi tips membeli stroller. Hopefuly mommies semua boleh buat keputusan yang betul. Yang penting mommies semua jangan terburu-buru. Ingat semua benda yang mahal tak semestinya yang terbaik.

1) Bajet:

Ok yes.. yang ni memang lah tersangat penting. Sebab stroller sekarang banyak yang mahal. Kite kene tahu berapa bajet kite walaupon kadang2 mentality kite memang akan kata yang mahal la berkualiti. Kalo boleh saya sendiri pon nak yang branded, ade style, selesa, dan cantik. Tapi mommies kene ingat quality lain pon kene tengok jugak, bersesuaian la dengan bajet kite. Bagi yang ade bajet 500 ke bawah mungkin boleh survey brand seperti Sweet Cherry atau My Dear. 500-1000 pulak maybe leh tgk brand seprti Combi, Halford, atau Mac Laren. Bagi yang bajet lebih sikit (1000 ketas) boleh try survey Quinny, Babyzen, GB, Peg Preggo. Graco, Britax. Kalo nak mahal lagi (5000) boleh tgk Orbit Baby, Mima Xari, ICandy dan banyak lagi.

Kim Kardashian and baby Nori on October 9, 2013
Kalo boleh nak Orbit Baby stroller yang macam Kim guna ni, tapi tgk bajet macam x mampu pulak hiks..

2. Keselamatan

Setiap stroller perlu ada ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan. Mcamana momies boleh check sistem keselamatan setiap stroller? Ok mommies boleh check 3 to 5 Point Harness pada stroller tersebut;

- Tempat duduk yang boleh dilaraskan untuk keselesaan anak-anak._
-Seat Belt System untuk secure baby dari jatuh
-No sharp/rough edges yang boleh cederakan bayi/anak
-Stroller yang kuat dan kukuh /stabil
-Sistem Brek pada roda stroller

3. Fungsi Sistem Recline

Fungsi recline sangat penting terutamanya untuk bayi umur 0-6 bulan. Bayi yang dibawah 6 bulan masih lagi tidak boleh duduk dengan sendiri. So fungsi recline ni penting untuk bayi tidur dengan selesa. Kalo mommies nak purchase stroller dari new born sampai besar, wajib pilih stroller yang ade fungsi recline ni. Some of stroller mmg ada yang untuk 6 bulan ke atas. So hati-hati ye mommies kene pilih bersesuain umur anak jugak ye.

4. Mudah dilipat

Bila stroller tu mudah dilipat, memang senang la nak masuk keluar bonet kete. Senang sket keje husbeng. Boleh cari stroller yang boleh lipat macam umbrella fold. Contoh stroller yang senang nak fold yang saya tahu ialah Babyzen Yoyo sebab sekarang tgh usha-usha nak beli 3rd stroller for my baby. Amboi kemain, stroller nak sampai 3. Tgh pujuk Cik Suami ni ha. Doakan saya ye hiks..



5. Saiz dan Berat Stroller:

Saiz sgt penting. Yang ni kene tgk saiz kete anda. Kalau pakai Myvi atau kereta kereta mini yang laen mmg kene sgt careful bile nak beli stroller ni. Jangan maen beli je ye. Sebab nanti kalo beli yang saiz gedabak tu memang konfirm la xleh nak muat bonet kete hang tu. So kene consider saiz ye mommies sekalian. Dari segi berat pula, tgk sape yang selalu kene handle stroller ni bawa masuk dan keluar boot kereta. Kalau yang jenis keluar mane2 ngan suami je, boleh la beli stroller berat seberat tong gas pon takpe. Yela sesambil dok usung stroller anak tu, bajet2 la dok exercise otot tgn lengan tu. Untung2 dapat tgn berketul. Tapi bagi mommies yang selalu keluar berdua je dengan anak, berat stroller perlu diambil kira. Better pilih yang jenis light weight. Contoh yang paling byk light weight adalah dari brand Combi. Ade yang seringan 3 kg. Handbag pon lagi berat kan haha. So pls consider ye mommies.

6. Handle yang Boleh Dilaraskan

Yang ni penting bagi yang tinggi. Yang ni supaya selesa bila tolak stroller tu, xdel;ah sakit pinggang pulak nanti. 

7. Material dan Canopy.

Pilihlah material yang selesa dan tahan lasak. Ada stroller yang boleh dibuka untuk dibasuh kainnya. Dari segi canopy pula, memang sangat penting especially bile bawa baby waktu tengahari. Boleh la cover baby tu dari panas terik matahari.

Ok last sekali, just nak highlight ape yg penting dalam penggunaan stroller :

-Pastikan stroller sesuai dgn umur dan berat baby
-Kunci roda stroller bila berhenti.
-Jangan letak terlalu banyak barang atas stroller untuk mengelakkan stroller rosak dan kurang stabil.

OK till we meet again. Happy shopping mommies!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...